Sulit
3 tahun
Haid anak berusia 11 tahun
Anak berusia 11 tahun dan period 10hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ramai remaja perempuan mengalami masalah dengan kitaran haid kerana sistem yang mengawal hormon masih belum cukup matang.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab peningkatan pendarahan haid, juga dikenal sebagai menorrhagia. Antaranya:
- Gangguan pendarahan
- Jangkitan pada saluran pembiakan
- Beda asing di saluran pembiakan
- Ketidakseimbangan hormon seperti penyakit tiroid
- kelainan struktur pada saluran pembiakan
- Sista ovari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.