Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Saya wanita berumur 23 tahun telah melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom. Kami melakukan hubungan sehari sebelum saya sepatutnya datang haid. Pasangan saya tidak memancut di dalam tetapi saya tidak datang haid selepas melakukan hubungan seks. Haid saya tidak datang selama 4 hari dari waktu yang sepatutnya. Adakah saya patut mengambil ubat cegah hamil. Adakah bahaya untuk saya ambil ubat cegah hamil kerana ini kali pertama ingin mengambil ubat tersebut. Adakah ada side effects apabila saya mengambil ubat cegah hamil. Kalau lebih dari 120 jam, apakah ubat yang saya boleh ambil untuk cegah dari mengandung.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Untuk makluman anda, kedatangan haid anda yang seperti anda terangkan tidak teratur kerana tidak datang pada waktu yang sepatutnya.
Terdapat pelbagai sebab bagi kitaran haid yang tidak teratur seperti:
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Pendarahan coklat atau spotting boleh berlaku ketika:
Berdasarkan persoalan anda, ubat cegah hamil atau pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabilSalah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur atau haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan.
Kondisi ini dikenali sebagai breakthrough bleeding. Kondisi ini berlaka kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri.
Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil perancang dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi.
Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!