Sulit
3 tahun
Hubungan intim 3 hari sebelum period
Salam sejahtera doktor, saya ada melakukan hubungan intim (bukan sex) pada 10hb bulan 8 dan period pada 13hb bulan 8 tersebut. Saya kira kitaran saya daripada bulan 7 hingga bulan 8 adalah 34 hari. Selalunya sy dengan kakak keluar period sama. Kakak dah period 10hb 9 tapi saya belum lagi. Adakah kaka yang period awal ataupun sy yang lambat. Saya tidak pernah melakukan sex (zakar masuk ke dalam faraj). Hanya tersentuh air mani sahaja dengan tangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!