
noorainimohamed83
4 tahun
Ibu jari kaki hingga kepergelangan kaki sakit
Ibu jari kaki saya pernah terhempap dengan anak lesung batu…sudah 3 minggu sakitnya…samaada tulang retak atau patah?..atau urat ibu jari kaki saya bengkak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan tulang retak atau patah ini besar jika anda tidak dapat bergerak ibu jari dengan normal atau anda berasa sakit yang teramat semasa bergerak. Punca yang lain adalah seperti pendarahan dalam ibu jari akibat saluran darah yang cedera semasa hentaman tersebut.
Untuk mengesahkan puncanya, pemeriksaan dan ujian pengimbasan haruslah dilaksanakan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika sakit ini mengganggu aktiviti seharian anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.