Sulit
2 tahun
Ibu jari kaki kiri saya terasa seperti dicucuk2
Hi. Saya wanita berumur 29 tahun. Ibu jari kaki kiri saya selalu rasa seperti dicucuk. Jari kaki tak terasa kebas, cuma pada bahagian kuku terasa dicucuk2. Selalunya akan berlaku sekali / dua dalam 3 bulan tapi harini setiap 5 minit saya terasa sakit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah sakit pada ibu jari kaki kiri diikuti dengan rasa mencucuk dan kebas. Gejala tersebut makin kerap sejak kebelakangan ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit pada ibu jari kaki boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Trauma
- Ketegangan otot
- Kasut yang tidak sesuai
- Retak pada tulang ibu jari
- Masalah kuku
- Kesan gigit binatang
- Diabetik neuropati
Berikut merupakan senarai diagnosis umum yang boleh menyebabkan simptom anda. Namun begitu, nasihat rawatan serta diagnosis yang tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta imbasan x-ray bagi menilai punca sakit anda.
Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.