
Sulit
4 tahun
Ini gastrik atau tak
Bulan lepas saya terkena gastrik.saya sesak nafas,pedih ulu hati, selalu sendawa dan kena mkn setiap 3 jam. Sekrang saya dah tak sakit perut dan sesak nafas semua tu tapi saya masih lagi kena makan setiap 3 jam.kalau tak saya akan sakit ulu hati dan susah bernafas.Adakah saya ni masih lagi gastrik?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan yang anda alami adalah pedih ulu hati. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Oleh kerana anda juga mengalami masalah sesak nafas, fenomena ini boleh juga disebabkan masalah organ seperti jantung atau paru-paru. Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.