Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jari tangan kiri kebas

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 17, 2022 6:29 AM

Sulit 45 hari

Salam doctor…sy sorg wanita berusia 40 thn mempunyai 3 org ank…masalah kesihatan yg ada pd sy adalah sy ade penyakit slip disc…deh tinggi sy x check tp sy ra sy ade drh tinggi jg cume belum cmfrmkn…sy mempunyai habit iaitu suke d pijak badan…anak sy berat dlm 50kg sy suruh pijak sebab sering lenguh d bahagian blkg bdn hingga ke tengkuk…dan sekarang sy rs kebas di 2 jari tangan sy hingga tiada rs kemudian skt d tapak kaki d bhgian depan dekat dgn jari menyucuk…sy cuba rendam kaki sy dgn ais dan grm bukit dn sangat sakit d sebabkan trlalu sejuk…skrg skt bhgian kaki hilang tp ada bengkak sikit…apakah punca bengkak itu dan punca kebas jari kiri sy kebas??

Dr Sashini Seeni 45 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala kebas dan sakit yang sering dialami boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
  • gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
  • kesan dari kerja berat
  • kekurangan gula atau air dalam tubuh
  • tanda gangguan tidur atu kekurangan rehat (baca: extreme fatigue)

atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:

  • gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
  • gangguan saraf (tunnel syndromes)
  • gangguan muskuloskeletal
  • trauma
  • komplikasi obesiti
  • gangguan saluran vaskular
  • dan lain-lain

Berkenaan dengan masalah kaki anda yang bengkak pula, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Ketidak-sempurnaan saluran limfa
  • Jangkitan kulit - Sellulitis
  • Artritis sendi (Osteoarthritis)
  • Gout
  • Lemah jantung - menyebabkan edema(air terkumpul) dibahagian kaki

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue May 17 2022 06:29:58 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah tangan dan kaki secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80