
Sulit
5 tahun
Jerawat di bahagian badan
Hi dr. Saya berusia 23 tahun dn masih bujang. Saya mengalami masalah jerawat di bahagian belakang badan, lengan dan sekitar payudara. Jadi apakah punca masalah dn ubat yg saya perlu guna

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan besar masalah kulit yang berlaku boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Foliculitis yaitu keradangan folikel rambut
- Dermatitis
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Jika ia benar-benar jerawat, anda boleh menggunakan sabun badan berbentuk gel/buku yang mengandungi benzoyl peroxide.
Sebetulnya, keterangan yang anda berikan masih kurang lengkap. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.