
Sulit
4 tahun
Kaki pendek sebelah sejak dilahirkan
Sy wanita berusia 40 thn.saya mengalami kaki pendek sebelah sejak dilahirkan.sy rasa tidak selesa untuk berjalan dan terpaksa jingkit satu kaki yg pendek ketika berjalan.Adakah keadaan ini boleh dirawat supaya menjadi normal dan sama panjang supaya sy tidak malu dgn masyarakat sekeliling…adakah sy dikira oku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ketidaksamaan panjang kaki dapat terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Jangkitan tulang
- Penyakit tulang seperti neurofibromatosis ataupun multiple hereditary exostoses
- Masalah saraf
- Akibat keradangan sendi seperti arthritis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.