
Sulit
4 tahun
Kaki sejuk dan kadang kadang kebas
Saya wanita berumur 48 tahun
Kaki sebelah kanan saya dari paras lutut hingga ke bawah,selalu saje terasa sejuk hingga ke tulang,menyebabkan saya rasa kurang selesa,semasa baring dan duduk bersila,dan ty 4 org doc,tapi mereka pun tak tahu apa jenis penyakit saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.