Sulit
4 tahun
Kawasan alat sulit gatal dan ada tumbuh ketuat
Saya wanita dalam 20an dan sudah berkahwin saya mengalami gatal2 di alat sulit dan di tumbuhi ketuat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang anda alamiboleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) seperti chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) sejenis kulat
- Radang disebabkan bahan kimia
Memandangkan kondisi ini dapat disebabkan oleh banyak penyakit, seeloknya dikenalpasti dahulu penyebab sebenar yang pasti. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor mengenai masalah ini. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.