Sulit
3 tahun
Kayap di bahagian punggung
Hello doc, saya wanita berumur 27 tahun. Saya mengalami sakit di bahagian punggung sepanjang hari. Sakit nya seperti urat yang dicucuk2, sejak 2 hari lepas ada bintik merah yang timbul di tempat yang sakit. Adakah ini penyakit kayap, dan boleh ka ia dijangkiti?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala kulit gatal dan bintik-bintik merah pada kulit anda. Maklumat yang anda berikan adalah tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Kami memerlukan maklumat yang lebih mendalam seperti kemerahan, gatal, bentuk dan juga gejala am yang lain seperti demam, berpeluh pada waktu malam dan beberapa maklumat lain yang berkaitan. Oleh itu, jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit:
- Penyakit alahan kulit
- Ekzema
- Jerawat pada badan
- Shingles (Kayap)
- Bullous Pemphigoid - Penyakit autoimun yang lecetan berair pada bahagian badan berlipat
- Jangkitan kuman seperti Impetigo
- Herpes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.