
Sulit
4 tahun
Kehamilan lepas bayi pramatang & 2020 mengandung lagi
sya ibu pda 4owg ank.ogos 2019 sya bru saja melahirkan ank no 4&sya bsalin pda week 38w1d.ujung bln lpas sya dpti sya mgandung lgi.adakah selamat tok sya n bby?n sya mgalami keputihan tpi xbyk n selalu sakit pada ari2.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca keputihan ketika hamil termasuk:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat saringan untuk memastikan tiada masalah yang serius. Selain itu, sejujurnya jika menurut konsensus umum, jarak kehamilan yang digalakkan adalah 2 tahun di antara kehamilan.
Walau bagaimanapun, bagi menjamin kesihatan kandungan dan puan, kami menyarankan puan agar sentiasa membuat check-up rutin mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh klinik kesihatan masyarakat yang berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.