
Sulit
4 tahun
Kejang di bajagian peha
Sy wanita berumur 43 thn. Sy baru melahirkn ank…ank sy sdh berumur 11 bln…baru2 ni semasa sy berjln tiba2 peha sy sakit yg amat…beberapa minit kemudian peha sy berlaku kekejangan yg sakit sgt…kekejagan itu berlaku sehingga beberapa minit . kemudian ok…beberapa minit lg kekejangan berlaku lg…dlm 1 mlm berlaku 3@4 kali kekejangan.sy dh jumpa doktor…doktor bg ubat thn sakit n ubat urat shj…skrg bahagian peha kdg2 tersa sakit seolah2 rasa nk kejang tu nk dtg…apakah masalah peyakut sy

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan Kekejangan otot. Antara punca-punca tersebut adalah:
- Keletihan otot
- Kekurangan vitamin
- Kekurangan air
- Kekurangan mineral dalam badan
- Kelemahan otot yang kurang aktif
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.