Sulit
4 tahun
Kencing kotor atau sakit lain
suami saya mengalami sakit pinggang sampai jalan dia terbongkok2, kencing pon sikit tak banyak seperti selalu, antibiotic sudah makan tapi belum ada apa2 kesannya… apa patut saya tlg suami saya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang dialami oleh suami anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah buah pinggang
- Jangkitan saluran kencing juga dikenali sebagai kencing kotor
- Prostatitis iaitu akibat keradangan prostat
- Balanitis iaitu keradangan kulit zakar
- Penyakit jangkitan seksual
Memandangkan gejala ini sehingga menyebabkan air kencing berkurangan, dikhuatiri terdapat masalah pada buah pinggang. Hal ini memerlukan penanganan segera. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.