
Sulit
4 tahun
Keputihan atau cervical mucus
Hi doc sy wanita 20an dan telah berkahwin. Sy nak tanya adakah jika sesesorang wanita tidak ada cervical mucus menyebabkan dia susah hamil? Sy ada terbaca post di google jika nak tahu cervical mucus masukkan jari dalam vagina… sy ada cuba buat demikian, hasilnya sy dapati keluar sesuatu berwarna putih melekit seperti “paste” tetapi tidak berbau…adakah itu keputihan atau servical mucus yang menunjukkan sy belum menghampiri hari subur? Kerana sy tidak ada keputihan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk makluman anda, masalah keputihan akibat jangkitan kuman boleh disertai
- kegatalan & rasa panas di kelamin,
- sakit ketika kencing,
- kepuithan yang kental
- berbau busuk (aroma yang tidak selesa)
- atau gejala kencing kotor yang lain
Selain itu, umumnya, masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.