Sulit
2 tahun
Kesakitan Yang Dialami Di Bahagian Tapak kaki
Saya sering terasa sakit dibahagian tapak kaki dari tumit,bahagian tengah ,bahagian depan & di bahagian tepi tapak kaki,boleh saya tahu kenapa & mengapa ianya sering berlaku kepada saya
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami kesakitan pada bahagian tapak kaki. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan anda diagnosis yang tepat mengenai masalah anda kerana kami memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu kami akan menjawab soalan anda secara umum.
Antara punca-punca sakit pada bahagian tapak kaki ialah :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Berat badan yang berlebihan
- Pemakaian kasut yang tidak sesuai
- Masalah pada saluran darah
- Masalah otot atau sendi
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya dapat mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh merujuk kepada doktor pakar orthopedik kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.