Sulit
5 tahun
Kesan selepas buka implan
hai doc . before ni sy ada pasang implan . baru setahun lebih pasang . sy dan husband decide utk buka sebab sgt2 menggangu period sy. ada masa sy priod smpai 20 hari . sy buka implan pada 18/2/2020 … dan hari ini , 19hb sy keluar darah brsama lendir . adakah itu normal??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana darah yang keluar bersama lendir kemungkinan besar adalah normal. Sekiranya terdapat gejala/ kelainan tambahan, mohon dijelaskan juga disini. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































