
Sulit
3 tahun
Ketidakselesaan pada lengan kesan kemalangan
Saya pernah menjalani pembedahan masukkan plate besi pada lengan pada tahun 2018 kerana kemalangan jalan raya dan pada tahun ini saya pengalami ketidakselesaan dengan kerap. Pada lengan pernah bengkak dan tidak serius. saya pernah berjumpa dengan doktor di klinik dan mengatakan hanya masalah urat sahaja. Boleh bagi cadangan untuk mengurangkan ketidakselesaan pada lengan saya pada masa hadapan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda mengalami masalah urat pada lengan akibat kemalangan beberapa tahun lalu.
Anda boleh melegakan rasa ketidakselesaan anda dengan beberapa cara seperti :
- Aktiviti senaman ringan untuk tangan
- Mengambil makanan yang kaya dengan vitamin terutamanya vitamin B12
- Supplemen untuk menguatkan sistem saraf
- Fisioterapi
Namun, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk memastikan masalah anda tidak berpunca daripada komplikasi pembedahan seperti jangkitan pada plate besi atau radang tulang.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian serta nasihat yang lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.