
Sulit
4 tahun
Ketulan timbul di kemaluan
Mahu bertanya, ada satu ketulan seperti urat keras yang timbul di tepi batang. Baru tersedar semasa mahu onani. Sebelum ini tiada urat seperti itu.semasa tegang boleh nampak ia timbul dan keras.agak tidak selesa semasa onani

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di zakar boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti HPV, Herpes, Klamidia, Sifilis, Gonorrhea, Trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Ketuat kelamin
- Kecederaan pada zakar
- Peyronie’s Syndrome
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.