Sulit
5 tahun
Klitoris isteri pedih dan sakit .tidak rasa nikmat sama sekali
doktor .sy baru berkahwin .dn setiap kali sy ingin ajak isteri bersama .sy dah lakukan bermacam² cara untuk buat isteri sy terangsang .bila sy memegang klitoris isteri .isteri jd sakit dn pedih selama 2 hari .saya bingung doktor .sy baru berkahwin dn teringin rasa ape tu bersama .tapi tiap kali sy pegang klitoris isteri .isteri mengadu sakit dn pedih .sy kesiankan isteri sy .sampai ke saat ni sy xsentuh isteri sy .apa masalah isteri sy doktor .sbb dia xmerasa sikit nikmat pn bila sy menyentuh klitoris nya .mohon bantuan doktor .adakah sy perlu berjumpa dgn pakar sakit puan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah klitoris sakit atau localized vulvodynia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ruam di bahagian vulva
- jangkitan kulat yang berulang
- Penyakit berjangkit seksual yang berulang
- irritasi kulit daripada bahan kimia seperti sabun dan produk kebersihan wanita
- kecederaan pada klitoris
- irritasi pada saraf di bahagian klitoris
- Sejarah pembedahan bahagian vulva
- kekejangan otot di bahagian vulva
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































