Sulit
3 tahun
Kuku kaki dan jari berlekuk (garisan melintang)
Hi Dr. saya A, sy nak tya. Knp kuku kaki dn kuku jari saya berlekuk ye? Dkt kaki saya jadi dkt ibu jari dan jari kelingking. Manakala dkt tangan pula saya jd dekat ibu jari shja. Sy nak tau… apa punca dn apa petandanya… ada ubt utk rawat ke utk mslah kuku sprti ni? ubt dkt drugstore or mana2… tq Doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kekeliruan anda mengenai bentuk ibu jari berlekuk. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma
- kekurangan sel darah merah
- jangkitan kulat
- kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.