Sulit
3 tahun
Kuku serong terbantut
Saya remaja 19 tahun. Doktor kuku saya jadi kuku cengkam dsn nanah pada tahun lepas dan sembuh. Dan tidak berapa lama kemudian, kuku saya gatal dan meletakkan satu jenis ubat. Tapi, setelah itu kuku saya bertukar warna di bahagian yang pernah terjadi cengkam. Seingat saya, warna kuning mungkin. Kemudian saya memotong bahagian kuku yang bertukar warna itu dengan serong. Sehingga sekarang, kuku tersebut tidak tumbuh. Pertumbuhan kuku macam terbantut di bahagian serong kiri manakala kanan kuku tumbuh seperti biasa. Doktor, adakah kuku saya memang akan kekal sebegitu? Ada cara tak untuk mengembalikan seperti asal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.