Sulit
3 tahun
Lenguh Bahagian peha hingga bawah
Hi Doc, sye berusia 26 tahun, isnin baru ni lepas saya bangun dari tidur, saya merasakan bahagian peha hingga ke bawah lenguh, sehingga ke hari ini. Saya agak risau sebab saya dah cuba sapu minyak panas/deep heating rub pun tak berhasil, makan celebrex pun tak hilang juga. Ia mengganggu kerja/aktiviti harian kerana walaupun ketika duduk saya tetap tidak berasa selesa, apa tandanya dan apa nasihat doc kepada saya? Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Kekurangan zat besi dan kalsium
Aktiviti yang membebankan
Posisi tidur yang salah
Tidak cukup rehat
Rapuh/hakisan tulang
Radang sendi
Saluran darah tersumbat
Jangkitan kuman pada kulit kaki
Masalah saraf tunjang (Sciatica)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.