Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah ketika period

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 9, 2020 6:29 AM

Sulit 53 hari

kitaran haid saya berjalan seperit biasa iaitu datang setiap bulan… namun dalam tempoh 3 bulan ini, darah haid saya sering keluar dengan banyak walaupun telah melebih 15 hari…sebagai contoh, saya mengalami haid pada tanggal 23.08.20 namun pada harini iaitu 07.08.20 darah haid saya masih keluar dengan banyak…bukan itu sahaja, darah yang keluar bewarna gelap dan berketul…saya ada google tentang masalah ini namun tidak menjumpai jawapan…bolehkah pihak doctor on call membantu saya? terima kasih☺️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 52 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Berat badan berlebihan

  • Mengambil pil perancang kehamilan

  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

  • Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid

  • Ketumbuhan fibroid atau polip

  • Dysfunctional uterine bleeding

  • Penggunaan alat IUCD (intrauterine contraceptive device)

  • Kanser rahim atau cerviks

  • Masalah pembekuan darah

  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Aug 09 2020 06:29:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid berpanjangan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Haid keluar lebih 8 hari Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Selalunya, tempoh haid saya keluar hanya 7 hari, namun bulan ini hari ke-8, haid saya masih keluar dalam kuantiti yang sedikit dan belum berhent… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Priod pain priod terlalu lama lebih dua mnggu Saya dah 7 bulan x datang, kemudian sye datang priod kali ni bnyk betul ketulan darah beku kluar dan dah lbih 2 mnggu lbh sye priod ni Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Period tak normal dan apakah sebab sebabnya? Hi doktor, saya period agak lama( 11 hari ) tapi lepas seminggu kemudian saya keluar darah banyak seperti darah period dan mengalami sakit seperti period pain. Jadi saya nak tahu sama ada darah … Baca lagi...
10 hari
Sulit
Period berpanjangan selepas suntikan perancang Salam sejahtera, sy ada ambil perancang depo utk kali pertama. Kesan yg sy dapat ialah masalah period berpanjangan sehingga lebih 2 minggu dan sampai hari ini masih belum berhenti lagi. Saya jug… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Tompok darah selepas period Saya berumur 42 tahun,sejak 3 hari yang lepas saya dapati tompok darah tetapi saya sudah melepasi tarikh period.Period saya selalu tepat dan tiap2 bulan.Untuk bulan August period saya datang leb… Baca lagi...
41 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15