
Sulit
4 tahun
Mengalami keguguran 4 bulan dan mengalami perut berdenyut
Saya wanita 21thun mengalami perut berdenyut selepas keguguran… dan saya terasa sakit ketika membuang air… kenapa dengan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan perut berdenyut dan membuang air yang dikatakan oleh anda. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit perut dan sakit ketika membuang air kecil:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Penyakit kelamin (sexually transmitted diseases) seperti gonorea dan sifilis
- Vaginitis
- Kehamilan luar rahim
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah yang dalami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.