sitifatimah581059
3 tahun
Patah pergelangan tangan kiri
saya berumur 60 th…pada 5 nov 2019 saya terjatuh dan pergelangan tangan kiri saya patah…saya telah mendapat rawatan melalui bomoh dan tangan yang patah itu telah pun di betulkan dan xray pun ok dah tempat patah itu tapi masalahnya bengkak tak hilang dan masih terasa sakit. mohon pencerahan doctor.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- terdapat beberapa jenis retakan yang tidak dapat dilihat oleh xray secara serta merta
- sindrom compartment
- masalah darah beku pada salur darah terletak dipermukaan yang retak
Pihak kami menyarankan anda berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut memandangkan masalah anda tidak selesai walaupun setelah berjumpa dengan bomoh.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.