Sulit
3 tahun
Pedih ulu hati,rasa sakit bahagian dada dan sesak nafas ketika tidur bahagian leher seperti sumbat
saya berumur 35tahun lelaki…saya sering rasa pedih ulu hati…sakit di bahagian dada kiri atas&bawa payudara terkadang bahagian kanan…ketika tidur saya kadang pandai sesak nafas seperti bahagian leher sumbat,jantung pandai berdebar&cepat penat…apaka sakit yg sama alami&adaka ini boleh jadi pbawaan baby ketika ini isteri saya hamil…kesakitan itu sering terjadi selepas saya membuat kerja 3 bulan lalu…terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. (sekiranya ada)
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia )
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax atau gangguan paru-paru yang lain.
- Batu hempedu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui punca masalah ini dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Jika masalah ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi