Sulit
3 tahun
Peha Sengal dan pangkal peha berbunyi “pop” bila bersenam
Saya wanita berumur 28an. Sy mengalami sengal²/kesemutan pd 2 belah bahagian peha sewaktu berdiri,bjalan,baring.saya alaskan peha atas bantal untk mengurangi rasa sengal. Sy pernah jatuh tangga dan aktif hiking dulu². Adakah sciatic nerve?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, kami sukar untuk mengulas lanjut berkenaan dengan aduan kesihatan anda kerana frasa sengal merupakan terma yang sangat subjektif. Selain itu, kami perlu untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan dengan ciri sakit dan sebagainya.
Secara amnya masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Kecederaan otot
- Masalah saraf
- Radang sendi
- Kecederaan sendi dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.