Sulit
6 tahun
Pendarahan selepas suntikan depo perangcang
Saya 22tahun dan telah melahirkan anak pada 21.6 sebulan selepas melahirkan ank 23.7 saya telah mengambil suntikan depo dan hari ke 5 selepas suntikan saya keluar darah sehingga ke hari ini. Apakah kesan ini normal kepada saya selepas suntikan tersebut? dan apa perlu saya buat untuk hentikan pendarahan itu ? atau ia berhenti sendiri ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan perancang Depo adalah sejenis suntikan setiap 3 bulan yang berfungsi untuk mencegah kehamilan. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, jelas disini bahawa suntikan perancang depo dapat memberikan kesan berupa perdarahan yang tidak teratur. Akan tetapi, seandainya perdarahan terlalu banyak, anda berasa lemah, lelah, pucat dan tidak bermaya, adalah amat digalakkan untuk segera merujuk ke doktor agar kondisi anda dapat ditentukan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































