
Sulit
4 tahun
Pergelangan kaki sakit
Hi,saya berumur 20 tahun. Apabila saya berjalan pergelangan kaki belah kiri sakit sangat-sangat. Bila saya berjalan, kaki saya sakit secara tiba2 dan selang dua hingga 3 minit dia okay . Lepastu ia menyerang balik di pergelangan kaki.rse seperti kaki terseliuh. Semasa sakit tu saya duduk pun ia msih sakit dan saya tak boleh luruskan kaki sya. Kalau lurus dia rse lagi sakit.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala sakit dipergelangan kaki boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan muskuloskeletal (i.e. trauma, terseliuh, otot / ligamen / tendon terkoyak, dll. )
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Sakit jantung (sekiranya ada tanda-tadna bengkak)
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa doktor dengan segera agar rawatan yang tepat boleh dilaksanakan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.