Sulit
5 tahun
Period lambay seminggu
saya wanita berumur 24 tahun. bulan ni period saya lambat seminggu, tapi bulan lepas sy period seperti biasa, sy tidak bersama suami selama dua bulan termasuk bulan lepas, kerana suami sy bertugas di luar kawasan pada 5/7. jadi adakah saya berkemungkinan mengandung atau hanya masalah hormon shj?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya anda aktif secara seksual, anda digalakkan untuk mengambil ujian kehamilan air kencing (UPT) yang boleh didapati di farmasi berdekatan setelah 2 minggu tidak datang haid. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























