Sulit
3 tahun
Pertanyaan HIV sexual
Saya lelaki 19 tahun dan melakukan sex dengan lelaki pada 10 Julai dan selepas 3 minggu saya test hiv test kit adalah negatif, tetapi sekarang tanya saya ada 3 atau 4 biji merah2 dan tidak sakit dan gatal. adakah saya dapat hiv sbb ada biji merah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pada peringkat awal jangkitan HIV pesakit mungkin tidak dapat memanifestasikan simptom atau sebarang gejala. Hal ini kerana, imuniti badan pesakit masih tinggi ketika fasa awal jangkitan. Hal ini tidak menjadikan keadaan selamat kerana pesakit mampu menyebarkan virus berkenaan walaupun ianya adalah pada peringkat awal. Pada peringkat ini, pesakit mungkin mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit otot, sakit tekak, sakit kepala, cirit-birit, keletihan, sakit sendi dan sebagainya. Walaubagaimanapun, gejala-gejala ini tidak spesifik dan boleh dialami oleh semua individu tidak kira samada mereka dijangkiti HIV ataupun tidak. Waktu pesakit menunjukkan simptom bergantung pada individu. Namun, secara anggarannya, 1-2 bulan selepas pendedahan kepada virus. Maklumat tambahan tentang biji-biji merah yang anda nyatakan diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda digalakkan untuk menjalani ujian HIV bersama pasangan anda. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.