
nak.3696
4 tahun
Pitted Keratolysis di tapak kaki
Saya berumur 23 tahun, sudah beberapa tahun saya mengalami tapak kaki berlubang. Pada mulanya saya ingat hanya fungus biasa tapi lama kelamaan lubang pada tapak kaki saya makin besar dan dalam. So saya search di Google tentang penyakit ni. Saya cuma nak tahu ada tak alternative lain selain sapu cream seperti ubat rendam kaki atau selainnya? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami memerlukan pemeriksaan dan pengesahan doktor dahulu. Hal ini kerana terdapat beberapa kondisi berbahaya yang jika tidak mendapat diagnosis, boleh membahayakan kaki anda seperti:
- Ulser - disebabkan kencing manis, darah tinggi, penyakit saraf
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.