
Sulit
4 tahun
Rahim berdenyut dengan kerap di bahagian tengah dan kiri rahim
Hai doctor, saya berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Beberapa hari ni saya rasa denyutan dkt rahim saya. Bahagian tgh atau kiri rahim. Agak kerap denyutan ni. Saya memang ada masalah period yg lama & lmbat datang period. Dn skrng period saya lewat 8 hari. Cuma sebelum ni memang tk pernah rasa mcm ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah rahim berdenyut atau sakit pada rahim boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Kanser serviks
- Ketumbuhan atau kanser ovari
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
Berkenaan dengan haid lewat, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!