Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rasa lenguh dan sakit tangan dan kaki

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 26, 2021 10:11 AM

Sulit 2 bulan

Salam sejahtera dokter,saya perempuan berumur 20 tahun,dalam 3/4 hari ni tangan dan kaki sebelah kanan rasa sangat lenguh dan sakit. Saya perlu merentapkan tangan dan kaki untuk mengurangkan rasa lenguh? Saya tak pernah rasa sangat lenguh macamni. Boleh saya tahu sakit apa yang saya alami. Apakah punca dan ubat yang saya boleh ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami keresahan anda mengenai lenguh tangan kiri dan sengal.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh tangan dan kaki serta sakit pada anggota tersebut boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
  • Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
  • Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
  • Trauma
  • Kurang vitamin B atau kalsium
  • Sakit jantung
  • Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sat Jun 26 2021 10:11:41 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah tangan dan kaki secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19