Sulit
2 tahun
Sakit bagai mencucuk di kaki
Saya berusia 65 tahun. Pesara Guru. Akhir2 ini kawasan kaki sebelah atas berhampiran jari kaki(antara jari kaki dgn pergelangan kaki) terasa bagai dicucuk.
Kdg2 terasa sakit apabila saya bengkokkan hujung jari.
Saya tiada masalah kesihatan setakat ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada bahagian kaki
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Septic arthritis
- Gout
- Masalah saraf
Masih risau dengan sakit kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian berdasarkan soalan sahaja. Maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dibuat untuk mengetahuinya. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.