Sulit
3 tahun
Sakit buku lali kaki kanan sejak setahun
Sy lelaki brumur 36. Lebih kurang setahun lepas sy pernah alami seliuh kaki kanan ketika melompat dalam sukan. Selepas kecedaraan itu sy berehat beberapa hari dan kaki saya makin pulih. Selepas dari kejadian itu, pada masa ini setiap kali sy melakukan sukan seperti main futsal, melompat atau berlari, saya akan berasa sakit dikawasan buku lali. Apabila sy memegang sekitar buku lali saya merasakan seperti sakit dibahagian urat2 sekitar buku lali. Sy juga pernah merujuk doktor pada masa saya seliuh tetapi dr tiada ada buat xray dan maklum ini adalah seliuh biasa sahaja. Mohon pandangan dr berhubungan masalah saya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesakitan pada buku lali anda boleh terjadi disebabkan:
- kecederaan yang tidak sembuh
- gout
- arthritis
- kecederaan pada saraf
- jangkitan pada sendi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui dan anda perlu berjumpa dengan doktor kerana kesakitan anda tidak bertambah baik.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.