
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian kaki kiri sehingga pinggang dan perut kiri
Saya wanita berumur 20 tahun. Sejak setahun dua yang lepas senggugut saya semakin meningkat, dan tidak tentu waktunya sebelum semasa dan selepas tempoh haid. Namun, apa yang saya rasakan sekarang adalah sakit yang saya tak pasti sakit atau lenguh melampau di bahagian peha kiri sehingga perut kiri. Namun apabila saya menekan bawah perut kiri tidak berasa sakit. Bila mengurutnya saya berasa lega. Tapi kerap perkata ini berlaku. Sakit. Seolah seluruh kaki kiri saya dan perut kiri sakit.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesakitan pada bahagian peha boleh jadi salah satu simptom daripada kesakitan waktu haid. Terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Ketegangan otot
- Meralgia paresthica iaitu masalah saraf di peha terhimpit
- Saraf femoral tidak berfungsi
- Kencing manis
- Sciatica iaitu masalah di saraf tunjang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.