Sulit
2 tahun
Sakit tangan dan lenguh tangan
Salam sejahtera. Saya umur 26 thun perempuan. Saya mengalami sakit tngan daripada bahagian sendi di bahu. Tngn saya mengalami lenguh2 dan berdenyut. Dan sakit ini membawa sehingga ke jari. Saya mengamalkan tidur mengiring sebelah kanan. Adakah kemungkinan untuk urat atau saraf tersepit kerana amalam tidur saya ? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah sakit tangan daripada bahu sehingga hujung jari. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umumnya, masalah anda boleh berpunca daripada :
- Posisi tidur yang tidak baik
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Kekejangan otot
- Masalah saraf
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor sekiranya ia berpanjangan atau bertambah teruk. Anda boleh menghubungi pakar tulang kami untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.