
Sulit
2 tahun
Saya pernah eksiden
Lepas 2bulan…kaki saya dah buka balutan, dh bukak jalan tu macam stable sgt, dh 3 minggu ni, blehbjalan cam biasa.
Tapi, saya rasa kaki saya kalau berjalan macam bisa sedikit. Saya rasa urat kot sebabnye
Cadangkan saya apa harus saya lakukan sepanjang saya tgh recovery nih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda disarankan untuk:
- Tidak memaksa diri untuk berjalan kerana luka pembedahan/ kaki yang tercedera memerlukan masa untuk sembuh.
- Dapatkan tidur dan nutrisi yang mencukupi
- Ambil ubat tahan sakit yang bersesuaian sekiranya sakit teramat.
- Dapatkan bantuan pakar fisioterapi
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Untuk mengetahui jubat tahan sakit yang sesuai untuk anda ambil, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.