
Sulit
4 tahun
Sendi jari bengkak dan tak surut
Saya wanita berumur 19 tahun… sejak saya terkena radang sendi selama 6 bulan tahun lepas… saya ada perasan yang jari telunjuk tangan kanan saya bengkak dan sakit dan nampak gemuk sikit berbanding yang kiri punya… selepas radang sendi saya dah tak de… jari tuh still bengkak lagi tapi dah tak sakit… kenapa ye doktar?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jari bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.