Sulit
5 tahun
Suntikan perancang ke pil perancang
Saya ada 3 org anak… Anak pertama sy bersalin secara vaccum. Anak ke2 dan ke3 sy bsalin secara ceaser… Jangka ank prtama dan ke2 adalah 6 tahun manakala Jangka kelahiran ank ke2 dan ke3 adalah 3 tahun…masa anak pertama sy telah mngambil pil perncang slama 6 tahun dan anak ke2 selama 3 tahun. Tapi anak ke3 sy mngambil suntikan perancang selama 3 bulan sbnyak 2x… Sy hendak berhnti mngambil suntikan memandangkan suami sy keja dluar negeri… Sy br mngmbil suntikan bulan 10 2019
…dan bulan 4 2020 adalah suntikan ke 3… Tetapi sy blum mngmbilny… Sy ingin minta cadangan dr doktor bahawa sy ingin berenti mgmbil suntikan lalu bertukar mengambil pil perancang?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, metode perancangan keluarga adalah tidak terhad kepada cara suntikansahaja.
Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan metod suntikan, tersedia perancangan keluarga jenis lain, menurut urutan daripada yang paling efektif seperti:
- Implant
- Intrauterine contraceptive device (IUCD)
- Pil perancang keluarga
- Patch
- Vaginal ring
- Diaphragm
- Kondom lelaki, kondom wanita
- Cervical cap
- Kalendar
- Spermicide
Bagi menggantikan metode perancangan keluarga, harus diketahui bahawa pil perancang dijual secara strip. 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka (dalam kes anda, ia haruslah sebelum waktu mendapatkan suntikan Depo seterusnya). Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































