Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tak boleh menari Sumazau, tangan menggeletar instead

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 21, 2022 3:10 PM

Sulit 49 hari

Hai, saya lelaki umur 23 tahun baru-baru ini saya perasan yang tangan saya tak boleh menari Sumazau instead tangan saya menggeletar. Adakah saya sedang mengalami Distonia? Mungkin sebab semua ini disebabkan oleh interaksi antara Amisulpride dan Clonazepam. Saya ambil ubat Clonazepam tak sampai sejam selepas mengambil ubat Amisulpride. Dalam 43 minit selepas itu berberapa hari yang lepas.

Dr Sri Viknarajan 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah tangan anda menggeletar:

  • Essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
  • Penyakit cerebellar
  • Penyakit Huntington
  • Kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
  • Anxiety (kegelisahan)
  • Gula dalam darah rendah
  • Penyakit Parkinsons

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .

Dikemaskini pada: Tue Jun 21 2022 15:10:40 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah tangan dan kaki secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80