Sulit
3 tahun
Tangan ayah saya rasa melekit walaupun tidak membuat apa2 di rumah, tapak kakinya juga rasa melekit
Ayah saya berumur 59 tahun mengalami masalah tangan melekit. Selepas mandi, ayah saya merasakan tangan dia melekit macam pegang plastik yang cair seperti tu. Adakah ini symptom penyakit kronik? Malah, kaki ayah saya juga terasa melekit. Saya ada baca ini dari sweat gland. Tapi ayah saya tak berpeluh, duduk di rumah saja. Tapi dia sentiasa merasakan kaki dan tapak tangan dia melekit macam baru lepas pegang sesuatu yang menyebabkan melekit walaupun dia tak pegang sebenarnya.
Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Banyak penyebab yang boleh menyumbang kepada keadaan ini:
- Pengaruh genetik - sejarah keluarga menjadi punca dalam 30% daripada kes tersebut.
- Tekanan fizikal
- Tekanan emosi.
Ia boleh menjejaskan kedua-dua belah tapak tangan dalam bentuk peluh yang sedikit atau berpeluh yang teruk. Ia akan berhenti apabila tidur. Kebanyakan kes tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit.
Tangan peluh boleh dikaitkan dengan peluh berlebihan di bahagian lain pada badan juga termasuklah celah ketiak (axillary hyperhidrosis), muka dan kulit kepala (craniofacial hyperhidrosis) dan kaki (plantar hyperhidrosis).
Keadaan ini boleh mendatangkan stres kerana kesannya terhadap kualiti hidup.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.