Sulit
3 tahun
Tangan bergeletar selepas 2 Hari Makan ubat
Assalamualaikum saya remaja berumur 18 tahun Saya ada tanda tanda sakit tiroid tangan bergeletar jantung berdengup laju, dan leher Saya bengkak, Saya pergi ke klink dan doc Beri Saya ubat sahaja untuk seminggu semasa 2 Hari Makan ubat Saya oke tidak bergeletar jantung semakin normal dan mudah menelan makanan tetapi selepas 2 hari Saya mula sembelit dan tangan mula bergetar semula dan jantung mula berdengup laju semula , apakah yang terjadi sebenarnye doc sebab Saya sebelum okey
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan menggeletar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya:
- essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Pihak kami tidak dapat untuk menentukan punca masalah tangan anda hanya dengan maklumat yang diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.