Sulit
3 tahun
Tangan kebas dan pucat bila kena air
saya remaja perempuan berumur 17 tahun,tangan saya lately ini kebas dan bila saya buat kerja yang melibatkan air tangan saya pucat…tapi saya memang memiliki masalah tulang belakang iaitu scoliosis,adakah itu salah satu puncanya doktor?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, scoliosis boleh menyebabkan tangan anda menjadi kebas, tetapi masalah ini perlu disiasat dengan lebih lanjut sebelum melakukan kesimpulan. Terdapat juga punca lain selain scoliosis yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Sindrom Carpal (“Carpal Tunnel Syndrome”)
- Diabetes
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Cedera urat saraf (nerve palsies)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.