
Sulit
4 tahun
Tangan menggeletar secara tiba-tiba
Saya wanita 18 tahun, hampir 5 tahun yang lalu saya kerap mengalami tangan yang menggeletar secara tiba2, kadang2 kaki saya turut menjadi lemah, saya turut mengalami masalah tekanan darah rendah, adakah ini kesan daripada masalah tersebut ataupun anxiety?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipertiroid
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Hipotensi (tekanan darah rendah)
- Masalah saraf
- Kencing manis
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberikan kata putus atau diagnosis berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.