
Sulit
3 tahun
Tangan menggigil bila sedang marah
Saya seorang perempuan berumur 20. Bila saya dalam keadaan emosi marah tangan saya akan automatik menggigil dan jantung saya berdegup laju. Adakah ini masalah yang biasa terjadi bila kita dalam keadaan marah ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada kemarahan dan emosi tidak stabil, terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan masalah tangan menggigil:
- Essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
- Penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- Kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- Pengambilan kafein secara berlebihan
- Penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- Anxiety (kegelisahan)
- Gula dalam darah rendah
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.