Sulit

3 tahun

Taoak kaki bahagian tumit

Saya berumur 21 tahun , saya berkerja di supermarket sebagai juruwang , semua tau kalau juruwang ni semestinya akan berdiri agak lama depend pada cust . Tapi sakit di bahagian tumit kaki ni lambat nak reda disebabkan beridir agak lama . Apakah yg patut sy bjat jika ianya berterusan . Sbb sy sush nak tidur jika ianya masih terasa . Ambk masa yang agak lama tok sy lelapkan mata jika ianya masih sakit

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memaham kebimbangan anda mengenai masalah sakit pada bahagian tumit tapak kaki yang berlaku akibat berdiri terlalu lama ketika waktu bekerja. Kemungkinan sakit tumit anda ini berpunca daripada aktiviti kerap berdiri berpanjangan ataupun tidak. Namun, terdapat dua perkara yang boleh menyebabkan masalah tumit akibat aktiviti tersebut iaitu penyakit keradangan fascia ataupun Plantar Fascitis dan ketumbuhan tulang pada bahagian tumit atau dikenali sebagai Heel spurs.

Plantar fascitis merupakan sejenis penyakit keradangan pada tendon fascia yang terdapat pada tumit anda akibat irritasi yang berpanjangan ataupun kerap kali ketika berdiri lama. Ia juga boleh dipengaruhi oleh pemakaian kasut dari segi permukaan tapak kasut, ataupun saiz kasut anda yang sempit. Tendon fascia merupakan sejenis selaput tisu yang terdiri daripada sendi otot yang menhubungkannya dengan tulang.

Heel spurs ataupun Bone spurs merupakan satu ketumbuhan tulang yang terdiri deposit kalsium yang boleh merebak sehingga keseluruhan tapak kaki. Ia boleh disebabkan oleh keketegangan otot dan ligament yang berpanjangan.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi situasi yang anda hadapi. Sementara itu, kami sarankan anda untuk banyak merehatkan kaki anda serta memakai kasut yang selesa dan sesuai ketika melakukan kerja anda. Sila bincangkan perkara ini dengan majikan anda mengenai masalah yang dihadapi agar kod pemakaian dipertimbangkan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

image%20(13)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)